Sabtu, 30 Mei 2009

Indahnya Poligami Jika....

“...Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Qs. An-Nisa 3).

"Azraie, kamu tahu tak, ummi pernah offer pada abi untuk abi kawin lagi satu tapi abi tak nak"kata seorang sahabatku."Ye ke,kenapa ummi suruh abi kawin lagi?tanya aku. "Ummi cakap, ummi kesiankan abi. Ummi sibuk. Abi pun sibuk. Kalau ada seorang lagi boleh la bantu membantu"kata sahabatku lagi. "Wah,bagusnya ummi, susah nak cari wanita yang offer kt suami kawin lagi satu ni, yang biasanya mesti berperang, habis pinggan jadi UFO"kataku sambil ketawa.

Siapa yang tak kenal abi aku?Dia seorang yang giat dalam dakwah dan kerja jemaah. Isterinya yang aku panggil ummi pun sama juga. Sama-sama sibuk dengan kerja harian dan kerja jemaah. Semoga aku menjejak langkah abi dan ummi.amin..

Aku pun terfikir, poligami ni berat nak sebut tapi lebih berat kalau nak buat. Hal isteri pertama tu, biasalah, sape yang sanggup kongsi kasih suami tapi apa yang aku fikirkan ialah dari segi tanggungjawabnya. Kalau rasa tak boleh berlaku adil, jangan cuba nanti jalan senget sebelah kat padang masyar. Sebenarnya, poligami ini satu anugerah Allah yang banyak manfaatnya jika ia dilakukan dengan betul. Bagi kaum hawa, jangan cepat melatah. Secara ringkasnya antara kebaikan poligami ialah:

1) Poligami dapat menyelamatkan andartu yang bukan sedikit sekarang ini. Tambahan pula nisbah lelaki dan perempuan sekarang lebih kurang 1:17. Jadi poligami adalah salah satu cara menyelesaikan isu andartu.

2) Poligami dapat menyelamatkan ibu tunggal dari fitnah dunia. Keadaan semasa menuntut ibu tunggal keluar bekerja. Bila selalu balik malam, pandangan masyarakat terhadap ibu tunggal selalunya serong. Ada orang cakap, kalau nak bantu, bantulah kenapa perlu kahwin. Aku ingin bertanya, adakah semua masalah ibu tunggal boleh diselesaikan dengan bantuan duit atau sebagainya?Bagaimana dengan keperluan batinnya?Dan sebenarnya disebabkan keperluan batin itulah menyebabkan ibu tunggal ini dipandang serong jika bergaul dengan lelaki.

3) Poligami dapat menyelamatkan anak yatim. Terutama yang masih kecil. Mereka perlukan belaian seorang ayah. Dalam pemerhatian saya, selalunya anak yang kematian ayah sedikit bermasalah di sekolah. Mereka selalu membuat masalah kerana inginkan perhatian daripada orang sekeliling.

4) Poligami dapat menyelamatkan muslimat jemaah dari berkahwin dengan bukan ahli jemaah. Amat rugilah jika muslimat yang sudah ditarbiah untuk perjuangan Islam berkahwin dengan lelaki yang tidak faham perjuangan. Pergerakan muslimat tersebut akan terbatas. Jadi kemungkinan besar muslimat-muslimat yang telah ditarbiah ini akan gugur atau istilahnya futur. Jadi poligami adalah jalan penyelesaian yang boleh diterima. Ada satu kisah tentang seorang muslimat jemaah yang terpaksa menerima lamaran seorang mat rock kerana bimbang tentang keadaan umurnya yang meningkat, mula-mulanya suaminya tidak suka muslimat ni pakai tudung labuh, lalu dia menyuruh muslimat ini tidak memakai tudung itu lagi, akhirnya muslimat itu kini langsung tidak bertudung kerana tidak tahan dengan tekanan dari suami. Anak meraka juga sedari kecil dipakaikan dengan gelang dan rantai serta berambut panjang. Sedihkan?nMahukah muslimat jemaah sekalian membiarkan sahabiah muslimat lain yang menerima tarbiah bersama akhirnya menerima nasib yang sama atau sekurang-kurangnya futur?

Itu adalah 4 contoh kebaikan yang jelaslah. Terpulang pada individu untuk menilai. Kalau sesiapa yang ingin berpoligami. Anda perlu bersedia mental dan fizikal. Kerana keluarga yang berpoligami perlu di handle dengan kebijaksanaan. Tanggungjawabnya juga besar. Tetapi jika kita ikatkan hati semua ahli keluarga kita dengan tali Allah, insyaAllah kita akan berjaya.amin..

0 ulasan:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger