Selasa, 26 Mei 2009

Hidayah Milik Allah

"Tuhan kita agak-agaknya ada berapa?"tanya saya pada seorang budak non-muslim. "Satu cikgu, Allah"balasnya dengan diiringi senyuman.

"Betul tu, Tuhan kita ada satu sahaja, iaitu Allah, Jesus itu tuhan kah?"kataku lagi. "Bukan cikgu, jesus tu nabi"balasnya dengan penuh yakin.
"Betul, Jesus tu nabi, dia manusia macam kita, kita makan, Jesus pun makan, kita tidur, Jesus pun tidur, jadi Jesus tu bersifat manusia, dia bukan Tuhan"terangku dengan penuh harapan agar mereka faham.
"Nabi Isa jugak adalah Nabi kami orang Islam, dan kami percaya Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir"ujarku lagi.
"Kamu mesti ingat, Tuhan kita hanya satu, Dia yang Maha Esa, Dia yang Maha Bijaksana, Dia yang Maha Kuasa, Dia tidak perlukan orang lain. Itulah yang orang Islam pegang dan percaya"tambahku lagi.
"Kenapa orang Kristian cakap Tuhan ada 3 dalam 1? 1 dalam 3? cuba kamu balik dan baca dalam Bible Perjanjian Baru, ada disebutkan tentang Allah tu Maha Esa bukan trinity atau konsep 3 tuhan tu"tambahku lagi.
Aku nampak mereka seperti sedikit bingung. Jadi aku pun berhenti.
"Kamu makan babi?"tanyaku.
"Makan cikgu, sedap cikgu, rasa macam manuk(ayam dalam bahasa Iban)".
"Kamu tahu tak dalam babi tu ada virus yang tak mati?"tanyaku.
"Betul ke cikgu?"tanya mereka.
"Ye, jadi kalau kamu makan banyak babi,banyak la virus dalam badan kamu, nanti kamu dapat penyakit, sekarang pun tengah heboh tentang penyakit selesema babi, dulu mana ada penyakit ni, sekarang babi dah terlalu banyak, sampai penyakit pun dah jangkit kat manusia".
Aku mengakhiri kata-kataku dengan mengajak mereka mengikut aku solat. Biarlah mereka bukan Islam ikut aku solat. Bukan aku yang ikut mereka. Harapanku agar mereka terbuka dengan Islam. Terbiasa dengan amalan Islam jadi jika Allah takdirkan mereka dapat hidayah, mereka lebih mudah mengamalkan Islam. Lucu jugak tengok 2 orang dari mereka solat pakai seluar pendek. Agak kekok bila duduk tahiyat akhir. Seusai solat, aku berdoa sambil diaminkan oleh mereka.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dosa saudara-saudaraku dan dosa seluruh orang-orang yang beriman. Ya Allah,bukakanlah hati murid-muridku ini agar mereka menerima hidayah dari-Mu, dan mereka mengerti akan kebenaran Islam. Ya Allah, bukakanlah hati mereka agar mereka menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka. Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat. Amin"
Sebenarnya, di Sarawak ni masih ramai yang belum beragama atau penganut animisme atau kepercayaan nenek moyang. Jadi mereka inilah madu' kita yang kita perlu beri perhatian. Mubaligh Kristian tak pernah jemu-jemu masuk ke segenap ceruk dan pedalaman sarawak untuk sampaikan dakwah tapi amat menyedihkan kita bila pendakwah-pendakwah Islam tak ramai yang macamtu. Tambah malang lagi bila kerja-kerja amal dan dakwah mendapat tentangan dari orang yang mengaku Islam. Lebih-lebih lagi orang yang ada kepentingan politik. Saya rasa badan-badan Islam dan juga gerakan-gerakan Islam perlu mencari inisiatif dalam hal ini. Di Sarawak ada PAS, JIM, JAKIM, Baitul Mal, AMAL Sarawak dan HIKMAH.
Badan-badan kerajaan dan NGO ini perlu mengadakan satu perbincangan untuk mencari formula yang baik untuk perkembangan Islam di sini. Setiap mereka perlu berlapang dada dan merancang strategi dakwah serta merancang pelan strategik tindakan supaya gerakan Islam lebih tersusun di Sarawak ini. Ahli-ahli politik pula janganlah pentingkan diri sendiri sahaja, kerana duit Islam binasa. Ahli-ahli politik Islam perlu ada rasa tanggungjawab kerana matlamat kita adalah daulah Islam. Moga Allah menetapkan hatiku dalam gerakan Islam.amin.






Projek Pembinaan Surau Ulu Kota boleh dijadikan langkah pertama dalam menyatukan Badan-badan dan NGO Islam.

0 ulasan:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger