Sabtu, 30 Mei 2009

Indahnya Poligami Jika....

“...Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Qs. An-Nisa 3).

"Azraie, kamu tahu tak, ummi pernah offer pada abi untuk abi kawin lagi satu tapi abi tak nak"kata seorang sahabatku."Ye ke,kenapa ummi suruh abi kawin lagi?tanya aku. "Ummi cakap, ummi kesiankan abi. Ummi sibuk. Abi pun sibuk. Kalau ada seorang lagi boleh la bantu membantu"kata sahabatku lagi. "Wah,bagusnya ummi, susah nak cari wanita yang offer kt suami kawin lagi satu ni, yang biasanya mesti berperang, habis pinggan jadi UFO"kataku sambil ketawa.

Siapa yang tak kenal abi aku?Dia seorang yang giat dalam dakwah dan kerja jemaah. Isterinya yang aku panggil ummi pun sama juga. Sama-sama sibuk dengan kerja harian dan kerja jemaah. Semoga aku menjejak langkah abi dan ummi.amin..

Aku pun terfikir, poligami ni berat nak sebut tapi lebih berat kalau nak buat. Hal isteri pertama tu, biasalah, sape yang sanggup kongsi kasih suami tapi apa yang aku fikirkan ialah dari segi tanggungjawabnya. Kalau rasa tak boleh berlaku adil, jangan cuba nanti jalan senget sebelah kat padang masyar. Sebenarnya, poligami ini satu anugerah Allah yang banyak manfaatnya jika ia dilakukan dengan betul. Bagi kaum hawa, jangan cepat melatah. Secara ringkasnya antara kebaikan poligami ialah:

1) Poligami dapat menyelamatkan andartu yang bukan sedikit sekarang ini. Tambahan pula nisbah lelaki dan perempuan sekarang lebih kurang 1:17. Jadi poligami adalah salah satu cara menyelesaikan isu andartu.

2) Poligami dapat menyelamatkan ibu tunggal dari fitnah dunia. Keadaan semasa menuntut ibu tunggal keluar bekerja. Bila selalu balik malam, pandangan masyarakat terhadap ibu tunggal selalunya serong. Ada orang cakap, kalau nak bantu, bantulah kenapa perlu kahwin. Aku ingin bertanya, adakah semua masalah ibu tunggal boleh diselesaikan dengan bantuan duit atau sebagainya?Bagaimana dengan keperluan batinnya?Dan sebenarnya disebabkan keperluan batin itulah menyebabkan ibu tunggal ini dipandang serong jika bergaul dengan lelaki.

3) Poligami dapat menyelamatkan anak yatim. Terutama yang masih kecil. Mereka perlukan belaian seorang ayah. Dalam pemerhatian saya, selalunya anak yang kematian ayah sedikit bermasalah di sekolah. Mereka selalu membuat masalah kerana inginkan perhatian daripada orang sekeliling.

4) Poligami dapat menyelamatkan muslimat jemaah dari berkahwin dengan bukan ahli jemaah. Amat rugilah jika muslimat yang sudah ditarbiah untuk perjuangan Islam berkahwin dengan lelaki yang tidak faham perjuangan. Pergerakan muslimat tersebut akan terbatas. Jadi kemungkinan besar muslimat-muslimat yang telah ditarbiah ini akan gugur atau istilahnya futur. Jadi poligami adalah jalan penyelesaian yang boleh diterima. Ada satu kisah tentang seorang muslimat jemaah yang terpaksa menerima lamaran seorang mat rock kerana bimbang tentang keadaan umurnya yang meningkat, mula-mulanya suaminya tidak suka muslimat ni pakai tudung labuh, lalu dia menyuruh muslimat ini tidak memakai tudung itu lagi, akhirnya muslimat itu kini langsung tidak bertudung kerana tidak tahan dengan tekanan dari suami. Anak meraka juga sedari kecil dipakaikan dengan gelang dan rantai serta berambut panjang. Sedihkan?nMahukah muslimat jemaah sekalian membiarkan sahabiah muslimat lain yang menerima tarbiah bersama akhirnya menerima nasib yang sama atau sekurang-kurangnya futur?

Itu adalah 4 contoh kebaikan yang jelaslah. Terpulang pada individu untuk menilai. Kalau sesiapa yang ingin berpoligami. Anda perlu bersedia mental dan fizikal. Kerana keluarga yang berpoligami perlu di handle dengan kebijaksanaan. Tanggungjawabnya juga besar. Tetapi jika kita ikatkan hati semua ahli keluarga kita dengan tali Allah, insyaAllah kita akan berjaya.amin..

Selasa, 26 Mei 2009

Hidayah Milik Allah

"Tuhan kita agak-agaknya ada berapa?"tanya saya pada seorang budak non-muslim. "Satu cikgu, Allah"balasnya dengan diiringi senyuman.

"Betul tu, Tuhan kita ada satu sahaja, iaitu Allah, Jesus itu tuhan kah?"kataku lagi. "Bukan cikgu, jesus tu nabi"balasnya dengan penuh yakin.
"Betul, Jesus tu nabi, dia manusia macam kita, kita makan, Jesus pun makan, kita tidur, Jesus pun tidur, jadi Jesus tu bersifat manusia, dia bukan Tuhan"terangku dengan penuh harapan agar mereka faham.
"Nabi Isa jugak adalah Nabi kami orang Islam, dan kami percaya Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir"ujarku lagi.
"Kamu mesti ingat, Tuhan kita hanya satu, Dia yang Maha Esa, Dia yang Maha Bijaksana, Dia yang Maha Kuasa, Dia tidak perlukan orang lain. Itulah yang orang Islam pegang dan percaya"tambahku lagi.
"Kenapa orang Kristian cakap Tuhan ada 3 dalam 1? 1 dalam 3? cuba kamu balik dan baca dalam Bible Perjanjian Baru, ada disebutkan tentang Allah tu Maha Esa bukan trinity atau konsep 3 tuhan tu"tambahku lagi.
Aku nampak mereka seperti sedikit bingung. Jadi aku pun berhenti.
"Kamu makan babi?"tanyaku.
"Makan cikgu, sedap cikgu, rasa macam manuk(ayam dalam bahasa Iban)".
"Kamu tahu tak dalam babi tu ada virus yang tak mati?"tanyaku.
"Betul ke cikgu?"tanya mereka.
"Ye, jadi kalau kamu makan banyak babi,banyak la virus dalam badan kamu, nanti kamu dapat penyakit, sekarang pun tengah heboh tentang penyakit selesema babi, dulu mana ada penyakit ni, sekarang babi dah terlalu banyak, sampai penyakit pun dah jangkit kat manusia".
Aku mengakhiri kata-kataku dengan mengajak mereka mengikut aku solat. Biarlah mereka bukan Islam ikut aku solat. Bukan aku yang ikut mereka. Harapanku agar mereka terbuka dengan Islam. Terbiasa dengan amalan Islam jadi jika Allah takdirkan mereka dapat hidayah, mereka lebih mudah mengamalkan Islam. Lucu jugak tengok 2 orang dari mereka solat pakai seluar pendek. Agak kekok bila duduk tahiyat akhir. Seusai solat, aku berdoa sambil diaminkan oleh mereka.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dosa saudara-saudaraku dan dosa seluruh orang-orang yang beriman. Ya Allah,bukakanlah hati murid-muridku ini agar mereka menerima hidayah dari-Mu, dan mereka mengerti akan kebenaran Islam. Ya Allah, bukakanlah hati mereka agar mereka menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka. Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat. Amin"
Sebenarnya, di Sarawak ni masih ramai yang belum beragama atau penganut animisme atau kepercayaan nenek moyang. Jadi mereka inilah madu' kita yang kita perlu beri perhatian. Mubaligh Kristian tak pernah jemu-jemu masuk ke segenap ceruk dan pedalaman sarawak untuk sampaikan dakwah tapi amat menyedihkan kita bila pendakwah-pendakwah Islam tak ramai yang macamtu. Tambah malang lagi bila kerja-kerja amal dan dakwah mendapat tentangan dari orang yang mengaku Islam. Lebih-lebih lagi orang yang ada kepentingan politik. Saya rasa badan-badan Islam dan juga gerakan-gerakan Islam perlu mencari inisiatif dalam hal ini. Di Sarawak ada PAS, JIM, JAKIM, Baitul Mal, AMAL Sarawak dan HIKMAH.
Badan-badan kerajaan dan NGO ini perlu mengadakan satu perbincangan untuk mencari formula yang baik untuk perkembangan Islam di sini. Setiap mereka perlu berlapang dada dan merancang strategi dakwah serta merancang pelan strategik tindakan supaya gerakan Islam lebih tersusun di Sarawak ini. Ahli-ahli politik pula janganlah pentingkan diri sendiri sahaja, kerana duit Islam binasa. Ahli-ahli politik Islam perlu ada rasa tanggungjawab kerana matlamat kita adalah daulah Islam. Moga Allah menetapkan hatiku dalam gerakan Islam.amin.






Projek Pembinaan Surau Ulu Kota boleh dijadikan langkah pertama dalam menyatukan Badan-badan dan NGO Islam.

Isnin, 25 Mei 2009

Saat Terkorbannya Tudung Labuh




"Su, kawin nanti nak pakai baju apa?Dah rancang ke dengan Hilmi?"ibu bertanya kepada Suhana. Su ialah panggilan manja bagi Suhana. Hanya keluarga dan sahabat karibnya sahaja yang dibenarkan dengan paggilan itu. Orang lain mesti memanggilnya Suhana. Itu prinsipnya. Apatah lagi yang bergelar muslimin. Haram sama sekali. Suhana memang bertegas tentang perkara itu. "Sudah mak, kami bercadang nak pakai biasa-biasa saje. Su nak pakai jubah dengan tudung ni"balas Su dengan menunjukkan kepada ibunya sehelai tudung labuh berwarna keemasan. Ibunya tersenyum lalu meninggalkan Su sendirian.

Hari masih pagi, Suhana leka menjahit sebahagian lagi tirai rumahnya yang belum siap. Tirai itu akan digunakan untuk majlis perkahwinannya nanti. "Su, mak sudah tempahkan gaun untuk Su pakai semasa bersanding nanti. Mak nak Su pakai baju tu. Mak nak anak mak nampak cantik!"kata ibunya. Su tergamam. Apa kata Hilmi nanti. Su dalam dilema. Su keberatan untuk mengenakan gaun yang menampakkan susuk tubuhnya nanti. Dia tidak pernah memakai pakaian seperti itu. Ya, seingatnya hanya sekali dia pernah memakai gaun. Itupun semasa dia kecil. Belum mengerti apa-apa. Su lebih selesa dengan jubah dan tudung labuhnya. Dia sudah sebati kerana sejak dibangku sekolah lagi dia sudah berpakaian sebegitu. Lagipun sebagai amirah dalam gerakan jemaah kampus, dia sememangnya memperjuangkan pakaian sepertinya.

Petang itu, Su masih menjahit tirai. Tapi hatinya tidak segirang sebelum ini. Permintaan ibunya sangat berat baginya. "Su, apa salahnya Su pakai sekali ini je. Sekali seumur hidup. Su tak nak nampak cantik ke?"tambah kakaknya. Dalam keluarga Suhana, hanya dia seorang sahaja yang bertudung labuh dan jubah. Su bertambah serba salah. Su belum berbincang dengan Hilmi tentang permintaan ibunya. Su ingin mengambil masa untuk berfikir. Kalau diikutkan hati, dia memang tidak mahu mengikut kehendak ibunya tapi perasaan kasihan pada ibunya menyebabkan dia rasa lemah.

Dilema muslimat...
Cerita diatas mungkin pernah dialami oleh segelintir muslimat jemaah. Antara kehendak agama dan kehendak nafsu kadang-kadang mereka gagal dalam membuat pilihan. Apatah lagi desakan dari keluarga dan mungkin juga dari mak andam. Maka terjadilah perbuatan yang kadang-kadang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Pernah dalam satu peristiwa benar, seorang yang dikatakan kuat jemaah, tiba-tiba tampil dengan gaun ikut tubuh, kening bercukur, solekan yang agak keterlaluan dan tudung labuh yang hilang entah kemana. Adakah ini konflik dalam penafsiran "berhias untuk suami".
Pada hemat saya, pada hari keramaian, muslimat tidak perlulah terlampau dalam solekan. Cukuplah sekadarnya. Kerana pada hari tersebut bukan suami sahaja yang ada tapi juga mahram-mahram lain. Tetapi jika hanya ahli keluarga sahaja tak menjadi masalah. Berhias untuk suami biarlah ketika bersama suami. Untuk memikat hati suami. Kerana bila diluar rumah dibimbangi akan menimbulkan fitnah. Maksud fitnah ini juga perlu difahami. Kalau seorang lelaki menggoda muslimat atau tertarik dengannya disebabkan perhiasan dan solekannya maka itu adalah fitnah. Jika si suami cemburu juga adalah fitnah. Jadi sebagi seorang muslimat die haruslah menjaga dari fitnah ini. Elakkan dari punca fitnah.
Dalam hal ini, peranan muslimin iaitu bakal suami amatlah penting. Muslimin tersebut haruslah bertegas dengan hikmah supaya perkara-perkara yang tak diingini tidak berlaku. Ingat peranan suami seperti yang telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari bakaran api neraka". Jadi seorang bakal suami perlulah menjaga keluarganya sejak dari selepas ijab kabul sehinggalah akhir hidupnya. Semoga tulisan ini memberi kebaikan kepada pembacanya. Ya Allah berikanlah kekuatan padaku agar terus istiqamah.amin.

Ahad, 24 Mei 2009

Jangan Pernah Lupa Tentang Ini..

Walaupun kita sedikit terkilan dengan sikap Mufti Perak kebelakangan ini, tapi apa yang pernah diingatkan oleh beliau, patutlah kita sama-sama ambil perhatian.

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".
Berikut Ialah Teks Mufti Perak Bertemu Dengan Tuanku Sultan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur.
Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.

ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.

iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.

2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.

3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.
Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak

Bagaimana Kamu Menguap?

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah! '. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
*
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
*
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Hari Yang Memenatkan..

Hari ini aku sangat penat. Dari pagi tadi sampai malam aku ada program. Inilah kehidupan aku sejak aku bersama dengan gerakan dakwah. "Ya Allah, kuatkanlah hamba Mu ini dalam menegakkan agamaMu". Aku tak berniat untuk menulis panjang malam ini. Moga Allah memberi aku kekuatan esok. Kesibukan ini aku rasakan satu nikmat yang besar kerana kesibukan telah menghindari aku dari melakukan pekara sia-sia. Biarlah aku mati dalam kesibukan tetapi kesibukan kerja dakwah dan jihad. amin..

Jumaat, 22 Mei 2009

Amanat Hj Elias Zakaria

Malam ini, kami pemuda-pemudi Islam menyambut kedatangan seorang yang pernah menjadi idola hidup aku. Sejak dulu, aku sering terpesona dengan madah-madah yang beliau ungkapkan dalam setiap bait-bait ucapannya. Malam ini aku mendapat satu lagi kata-kata yang aku rasa patut dijadikan pegangan setiap daie.

"Jangan jemu menyemai, selagi benih masih di tangan"

Aku rasakan kalimah begitu indah jika dihayati oleh pejuang-pejuang agama Allah."Ya Allah jadikan aku sebahagian dari orang-orang yang berjuang di jalan Mu". Sebagai seorang
daie,pastilah perlu mempunyai jiwa yang besar. Selagi kita ada tenaga, selagi kita ada harta, selagi kita ada kekuatan, jangan sesekali kita mengatakan jemu dalam perjuangan. Hatta, selagi kita ada nyawa, selagi itulah kita perlu terus bekerja dan bekerja untuk Islam. Islam itu ibarat sebatang pokok kata Ust. Elias, dan setiap bahagian pokok akan memainkan peranan masing-masing yang kahirnya, pokok itu menjadi semakin besar dan membesar lalu menghasilkan pokok yang subur dan berbuah yang lazat.
Betul cakap ustaz tadi. Setiap kita ada peranannya, dan kita perlu memainkan peranan kita sebaik mungkin. Aku sebagai pendidik, aku harus memainkan peranan aku hingga semua anak muridku ditarbiah dan akhirnya mereka menjadi pejuang-pejuang Islam. Aku bukan ustaz, tetapi aku harus mencari ruang tempat aku boleh berperanan dalam memperjuangkan Islam...Ya Allah, berilah aku kekuatan iman..Bagaimana dengan kamu?walau siapa pun kita..carilah alasan untuk bekerja untuk Islam.Jangan cari alasan untuk lari dari kerja Islam.
Tujuan hidup untuk bekerja....
Ya, memang Allah ciptakan kita untuk bekerja.
Firman Allah swt "tidak aku ciptakan manusia dan jin selain untuk menyembahku"
Hidup kita untuk bekerja supaya kita betul-betul menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
"Sesungguhnya manusia yang paling mulia disisi Allah ialah orang paling bertaqwa".
"Bekerjalah untuk dunia ibarat kau hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhirat ibarat esok kau tiada lagi"
Seruan kepada pemuda-pemudi Islam..
Bangunlah dari mimpimu, kerana mimpi itu bukan janji yang benar...Jagalah dalam cahaya,kerana kau akan nampak kebenaran..marilah kita terus menyemai Islam di muka bumi ini selagi kita ada upaya..jangan sampai ajal menjemput kerana waktu itu sudah terlewat untuk kau bercakap tentang perjuangan...

Kehidupan aku 22 Mei 2009

22 Mei 2009
Hari ini seperti biasa aku pergi sekolah. Kira-kira sudah 9 bulan aku menjejak kaki di bumi kenyalang ini dalam menjalankan tugas aku sebagai pendidik. 25 haribulan nanti akan menentukan sama ada aku akan terus di sini atau bertukar. Terus terang, hati aku dalam dilema, hendak pulang semenanjung atau terus di sini. Aku kira, masih banyak kerja Islam yang aku perlu buat. Allah yang mentakdirkan aku di sini pastinya ada hikmah yang tersembunyi.

Perjuangan belum selesai...
Alhamdulillah, sejak aku sampai di bumi kenyelang ini, aku terus bersama dengan kawan-kawan yang buat kerja-kerja Islam. Aku rasa bagai satu tanggungjawab untuk aku bersama dengan mereka untuk memastikan Islam terus bertapak di sini. Aku amat sedih bila aku mengetahui, umat Islam di sini cuma 29% berbanding 49% Kristian. Dengar kisahnya, dulu umat Islam disini seramai 16% manakala Kristian 13%. Begitu jauh perbezaannya sekarang. Lalu siapa yang harus bertanggungjawab?ye..pastinya, saya, kamu dan kita semua umat Islam.

Belajar agama untuk jadi Ustaz atau Pendakwah?
Sesekali aku rasa menyesal dengan sesetengah Ustaz-ustaz yang ditugaskan disini. Apa yang aku sering lihat, mereka hanya menjadi pengajar bukan pendidik, jadi ustaz tetapi bukan pendakwah. Bila aku lihat sahabat-sahabat aku dari kalangan engineer yang begitu bersungguh-sungguh menyemapaikan risalah Islam, aku begitu kagum. Mereka bukan ustaz tapi ada jiwa pendakwah. Mereka ada jiwa daie. Jiwa ini yang penting, yang perlu ada dalam diri setiap ustaz-ustaz agar merasa tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah Islam.

Bagaimana aku?
Aku ini hanya guru biasa tapi aku sangat ingin bersama-sama mereka yang berjiwa daie..Ya Allah, tetapkan hatiku dalam melakukan kerja-kerja dakwah ini...wahai kaum muslimin,doakan aku agar aku terus istiqamah...

Assalamualaikum

Hari ini, 22 Mei 2009, aku belajar untuk buat blog sendiri. Aku ingin berkongsi kisah hidupku dengan orang lain. Moga ada manfaatnya kepada saudara seagama yang lain.amin.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger