Selasa, 30 Jun 2009

Pengalaman Mengajarku..

Salam ukhwah buat pengunjung blog ini. Lama rasanya ana tak posting kat blog ni. Beberapa minggu yang lepas ana sangat sibuk menguruskan Karnival Sains Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Bintulu. Ini adalah pengalaman kali pertama ana menjadi pengarah program yang besar seperti ini. Bila 1st time ni, banyakla cacat celanya dan banyaklah kritikan yang ana dapat dari sahabat seperjuangan di sekolah. Namun,ana menerimanya dengan hati yang terbuka kerana bagi ana, semua itu adalah proses belajar. Ya, selagi kita hidup kita mesti belajar dan belajar. Itulah namanya pembelajaran sepanjang hayat. Dari buaian hingga ke liang lahad.

Alhamdulillah, bulab sekarang kita dah berada dalam bulan Rejab yang mulia. Lepas ni, masuk Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Kita disunatkan untuk berpuasa pada 2 bulan ni. Jadi marilah kita sama-sama berpuasa sunat. Teringat masa pertama kali ana berpuasa sunat Rejab dan Syaaban, mula-mula rasa beratla, sebab nanti dalam Ramadhan nak puasa sebulan pulak. Tapi alhamdulillah, bila masuk je Ramadhan, ana dapat rasakan hikmahnya berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban. Langsung tak rasa penat pada hari pertama puasa. Terasa macam biasa je. Steady and cool...so pada yang belum berpuasa sunat Rejab dan Syaaban,ayuhla kita bersama-sama menunaikannya..kalau nak tahu kelebihan-kelebihan lain, search je dalam internet ni, banyak je,tapi hati-hatila dengan hadis palsu dan hadis dhaif.ok..wassalam.

0 ulasan:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger